SYAITAN DAN HIDUNG
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda:
Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka
hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan
menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana
sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya
iaitu ketika dia tidur (Muslim)
Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman
mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda
dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin
menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu
sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan
hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan
hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang
amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan
adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka
sangat dengan lubang hidung,tetapi ia boleh menganggu
keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah
satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain
dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung
kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)
Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara
nak membersihkannya
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu
hidung akan tertanggal,boleh jadi juga lubang hidung
akan menjadi luas macam serombong kapal daa.
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak
sangat,nanti berbuih pulak lubang hidung tu,boleh
lemas tu,kan susah,setakat ni tak ada seorang pun yang
sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian
Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung
kepada amalan masing-masing).
Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"